Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Hartanah

Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan Hartanah

Memastikan pengurusan sumber nilai harta wakaf dapat menghasilkan pulangan yang menjamin masa depan umat Islam di Pulau Pinang.

temui pasukan kami

KAMALUDDIN BIN DARUS

Pegawai Eksekutif Gred E06

Objektif :

OBJEKTIF

Memastikan pengurusan sumber nilai harta wakaf dapat menghasilkan pulangan yang menjamin masa depan umat Islam di Pulau Pinang.

STRATEGI

  • Merancang dan merangka projek yang boleh menghasilkan pendapatan baru kepada sumber harta wakaf termasuk mengenalpasti produk-produk baru wakaf yang boleh diketengahkan sebagai sumber pendapatan.
  • Merangka pelan perancangan strategik berkaitan pelaburan hartanah wakaf . Menilai sebarang bentuk aset hartanah yang mempunyai potensi untuk dimajukan.
  • Mengoptimumkan manfaat terhadap sebarang bentuk aset wakaf demi menjana pendapatan syarikat.

DASAR

  • MAINPP menyediakan tanah sebagai tapak projek.
  • Pemaju memajukan tanah dengan menggunakan modal sendiri.
  • Tapak tanah projek tidak boleh di cagar kepada mana-mana institusi kewangan bagi tujuan mendapatkan “Bridging Loan”.
  • MAINPP hanya memajak tanah kepada pembeli/penyewa. (Tempoh Pajakan tertakluk kepada kelulusan MAINPP).
  • Pembeli boleh membuat “End Financing” kepada mana-mana institusi kewangan dengan konsep ijarah mengikut keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil.2/2006 bertarikh 30 November 2006.
  • Hanya orang Islam sahaja yang ditawarkan untuk membeli hartanah ini.
  • Pindahmilik pajakan adalah dari orang Islam kepada orang Islam sahaja.
  • Semua sistem kewangan menggunaka perbankkan Islam sahaja.
  • Tanah-tanah MAINPP yang dibangunkan adalah mengikut kehendak teknikal Pihak Berkuasa Tempatan. Walaubagaimanapun tanah yang terlibat dengan jalan, kawasan lapang, loji kumbahan, sub-stesyen TNB tidak dipindahmilik kepada Pihak Berkuasa Negeri.
  • Rekabentuk rumah-rumah kediaman hendaklah sesuai dengan cara hidup orang-orang Islam. Sekiranya tiada halangan fizikal dan kos, bilik mandi/tandas hendaklah dibina supaya tidak mengadap kiblat.
  • Dalam kawasan tanah-tanah MAINPP, tidak dibenarkan dibina objek-objek yang bertentangan dengan agama Islam seperti tokong, rumah-rumah berhala dan sebagainya.

KONSEP DAN MODAL PEMBANGUNAN WAKAF PULAU PINANG

Konsep dan Model Pengurusan Wakaf Pulau Pinang adalah berasaskan MENGINTERASIKAN WAKAF melalui kepelbagaian sumber dan aset. Konsep ini membawa maksud satu pembaharuan menyeluruh diperlukan sebelum wakaf dapat berperanan mercu pertumbuhan ekonomi negara. Mengintegrasikan Wakaf dengan kepelbagaian sumber dan aset dengan memfokuskan beberapa bidang. Melalui bidang-bidang tersebut ia perlu diintegrasikan diantara satu sama lain dalam skop dah ruang lingkup WAKAF dalam ertikata ia disokong diantara satu bidang dengan yang lain.

KAEDAH PEMBANGUNAN PROJEK

Kaedah pembangunan projek samada melalui kaedah Membangunkan Sendiri atau sebagai Consultant Project Management(PMC atau melalui ‘Joint Venture’ atau ‘Built, Operate, Transfer’ (BOT atau `Design and Build’ atau melalui Sumber Pembiayaan Geran Kerajaan.

KAEDAH PEMBIAYAAN PROJEK (BRIDGING)

Sumber pembiayaan projek boleh diperolehi samada melalui sumber kewangan institusi yang membangunkan wakaf itu sendiri Self Financing, atau melalui kaedah Joint Venture dengan pihak pemaju yang mana masing-masing pihak berkongsi di atas kos pembangunan projek melalui modal tanah serta kos projek dan keduanya dibangunkan berasaskan kepada persetujuan perkongsian keuntungan, atau dengan lain perkataan pemaju mengeluarkan modal kos projek dan pemilik tanah wakaf (mutawalli) menyediakan modal dalam bentuk tanah.