PENANG BERSELAWAT Sempena Karnival Kami Anak Penang
Saluran Wakaf MAINPP
Wakaf Am
Wakaf As Siyanah
Tabung Wakaf Pendidikan Pulau Pinang
Aktiviti Terkini Wakaf MAINPP
Media Sosial Wakaf MAINPP
Wakaf Mainpp
Wakaf MAINPP merupakan Agensi Milik Penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
🌙 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓
📌 Peluang Menanam Pahala Berterusan
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara:
Sedekah jariah (wakaf),
Ilmu yang bermanfaat,
Anak soleh yang mendoakannya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Hari Jumaat, hari yang penuh keberkatan.
Ambillah peluang ini untuk menyemai pahala berpanjangan melalui wakaf.
Setiap sumbangan anda adalah pelaburan akhirat yang tidak pernah rugi.
📱 Imbas QR untuk berwakaf sekarang
💖 Mudah, cepat dan penuh ganjaran
#WakafMAINPP #Penang2030
#SalamJumaat #MerakyatkanWakaf #UntukNegeriKita
... See MoreSee Less

- likes angry 6
- Shares: 3
- Comments: 0
0 CommentsComment on Facebook
... See MoreSee Less
Kandungan ini tidak tersedia sekarang
Apabila ini berlaku, biasanya kerana pemiliknya hanya berkongsi dengan sekelompok kecil orang, menukar siapa yang dapat melihatnya atau telah dipadamkan.0 CommentsComment on Facebook
Ya Allah, berkatilah hari ini dengan rezeki yang luas dan hati yang tenang.
Jadikan setiap wakaf kami sebagai cahaya yang mengalir tanpa henti.
... See MoreSee Less
0 CommentsComment on Facebook
𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐊𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍
Usianya telah melewati 70 tahun. Namun wajahnya tetap bening, dengan senyum yang mendamaikan.
Suatu pagi, beliau melangkah perlahan memasuki pejabat Wakaf MAINPP.
Sapanya lembut, hadir dengan satu hasrat yang sangat mulia.
Beliau duduk dan mengeluarkan beberapa keping kertas kecil, setiap satu tertulis nama insan yang sangat dicintainya: Ibu. Ayah. Ibu mentua.
Mereka telah pun selesai urusan mereka di dunia,
tetapi kasih terhadap mereka tidak pernah padam.
Dengan suara yang lembut namun jelas, beliau berkata:
“Ini harta pusaka yang ditinggalkan…
saya mahu ia menjadi pahala yang mengiringi mereka.”
Duit yang dibawanya itu adalah harta pusaka yang diterima selepas selesai urusan faraid.
Beliau tidak mahu ia sekadar tersimpan atau digunakan untuk diri. Katanya dia sudah cukup dengan rezeki yang ada untuk meneruskan hidup. Ingin mengekalkannya sebagai wakaf, agar pahala jariah terus mengalir kepada mereka
sebagai hadiah cinta yang tiada penghujung.
Kami mencadangkan dua saluran terbaik bagi menyempurnakan niat sucinya:
1️⃣ Wakaf Am untuk arwah ibu & ayah agar manfaatnya meluas kepada pelbagai mauquf alaih seperti pendidikan, kesihatan dan kebajikan ummah.
2️⃣ Wakaf As-Siyanah untuk arwah ibu mentua demi kelestarian masjid, surau tempat manusia bersujud kepada Allah serta kelestarian aset wakaf yang lain.
Beliau mengangguk, penuh rasa syukur.
Di wajahnya tergambar kelegaan seorang anak yang melunaskan hutang kasih.
Sabda Rasulullah ﷺ:
“Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara:
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat,
dan anak yang soleh yang mendoakannya.”
— Riwayat Muslim
Namun, sebelum beliau bangun untuk beredar,
matanya kelihatan berkaca.
“Awal Ogos yang lalu… isteri saya juga kembali kepada Pencipta.
Harta peninggalannya nanti…
insyaAllah akan saya wakafkan selepas selesai urusan faraid.”
Allahu… betapa halus dan dalamnya cinta itu.
Cinta yang tidak berhenti di alam dunia.
Cinta yang diterjemah dalam amal yang kekal,
walaupun jasad sudah pulang kepada Ilahi.
---
💛 Semoga Allah menerima setiap wakaf ini sebagai bukti kasih yang tidak pernah mati.
Semoga semua insan tersayang beliau ditempatkan dalam kalangan yang dirahmati.
Dan semoga beliau sendiri dihitung sebagai suami, anak dan menantu yang soleh,
yang terus menghantar pahala hingga ke syurga.
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲
---
Kisah ini kami kongsikan dengan keizinan beliau,
agar kasih sayang yang ditunjukkan menjadi teladan bahawa cinta seorang suami, anak dan menantu itu
masih mampu menghadiahkan pahala yang tidak pernah berhenti. Moga kebaikan berpanjangan di dunia & akhirat buatmu, Tuan Hj. Zakaria. 💛
✨ Jadilah sebahagian daripada pemberi manfaat
Mulakan wakaf anda hari ini demi pahala berterusan.
📲 Imbas QR untuk berwakaf
atau klik pautan untuk wakaf yang konsisten
infaqpay.my/go/wakafpulaupinang
"WAKAF YANG BARAKAH,
MENJANA EKONOMI UMMAH"
#MerakyatkanWakaf
#wakafMAINPP
#APAI2030
#Penang2030
#untuknegerikita
... See MoreSee Less


5 CommentsComment on Facebook
Perpustakaan Wakaf Hajah Gayah merupakan inisiatif wakaf daripada 10 beradik yang mewakafkan dua unit kediaman di Tanjung Tokong sebagai perpustakaan komuniti. Dinamakan sempena ibu mereka yang sangat menekankan kepentingan ilmu, perpustakaan ini kini menempatkan lebih 1,700 buah buku dan turut disambungkan dengan sistem digital Perpustakaan Awam Seberang Jaya.
Bagi memastikan perpustakaan ini terus berfungsi sebagai pusat ilmu untuk masyarakat, saluran wakaf bagi kelestarian operasi dan pengisian perpustakaan ini sentiasa dibuka.
Ayuh berwakaf. Manfaatnya berpanjangan, pahalanya berterusan.
1099 2170 5398 (Affin Islamic)
Dana Perpustakaan Wakaf Mak Gayah
Atau scan QR Code pada poster.
#wakafMAINPP #Penang2030
#untuknegerikita
... See MoreSee Less

0 CommentsComment on Facebook
Hanya RM10 boleh menjadi benih ilmu untuk ribuan pelajar.
Jom wakaf bagi pembinaan Smart City Campus KITAB Batu Kawan.
Pembinaan KITAB Batu Kawan ini amat memerlukan sokongan kita semua!
🤲 Hulurkan infak anda hari ini — kecil atau besar, semuanya sangat berharga.
Sumbangan Tuan Puan boleh di salurkan ke :
TABUNG DANA WAKAF KITAB MAINPP (WK05)
Bank : AFFIN Bank / No. Akaun : 1099-2180-2796
Jika anda memerlukan resit wakaf sila hubungi nombor yang tertera : +604-8351688
... See MoreSee Less

0 CommentsComment on Facebook
Rakan Strategik Wakaf MAINPP







